Selasa, 21 April 2009

PUSAT PERKHIDMATAN ILMU DAN KOMUNITI TITI TERAS

PENGENALAN PPIK

MATLAMAT PPIK

Selari dengan namanya, iaitu Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti, matlamat jangka panjangnya adalah untuk menghasilkan masyarakat yang berpengetahuan atau dengan kata lain disebut juga sebagai 'knowledge society' atau k-society.

Matlamat ini dapat dicapai sekiranya prasarana yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya oleh komuniti bagi menimba ilmu dan mendapatkan maklumat menerusi internet.
PPIK, menerusi Kelab PPIK akan menggerakkan dan memotivasikan komuniti mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan bekerjasama dengan kelompok-kelompok di dalam masyarakat bagi menjalin satu jaringan komuniti yang berdaya maju.

banggunan PPIK TITI TERAS

OBJEKTIF KELAB PPIK


Memberikan platform untuk masyarakat setempat memberi sumbangan samada dari segi idea, tenaga atau material terhadap kesejahteraan PPIK (community engagement,training,perticipation,development,promotion & marketing and social entrepreneurship)

Sebagai badan yang mempromosikan aktiviti-aktiviti PPIK kepada seluruh lapisan masyarakat

Memotivasikan masyarakat supaya mendayaguna fasiliti PPIK bagi pembanggunan komuniti

Meluaskan jangkauan perkhidmatan PPIK kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberikan impak positif kepada sosial,ekonomi dan alam sekitar

Membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial

Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam berbagai bidang terutamanya ICT dan pembanggunan komuniti

Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial


banggunan PPIK yang terletak di dalam Perpustakaan Desa

3 buah komputer yang terdapat di PPIK di lengkapi dengan kemudahan internet

kemudahan untuk print dan photostat

meja penyelia


PPIK TITI TERAS

PPIK ini mula beroperasi sepenuhnya pada 4 November 2008. Mempunyai seorang penyelia yang ditugaskan. PPIK dilengkapi dengan 3 buah komputer, 1 komputer riba, mesin photostat/printer. Antara kemudahan yang terdapat di PPIK ialah kemudahan penggunaan komputer dan internet, khidmat photostat dan menyalin dokument. PPIK TITI TERAS mempunyai 11 orang AJK yang telah dilantik bagi menyokong dan memantapkan lagi pergerakan PPIK TITI TERAS. Selain dari memberikan khidmat kepada masyarakat mengenai penggunaan ICT, Kelab PPIK juga telah menjalankan berbagai aktiviti bagi menarik komuniti untuk mendekatkan lagi mereka dengan PPIK. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah aktiviti mengenal komuniti, aktiviti kelas masakan, aktiviti kelas kraftangan dan aktiviti kelas jahitan manik. Aktiviti di kelab PPIK biasanya dijalankan pada setiap hari Jumaat pada jam 3.00 hingga 6.oo petang. Diharapkan PPIK ini akan terus maju lagi dimasa yang akan datang dan dapat menjadi medan penggerak untuk memajukan lagi komuniti dan desa Titi Teras. Insyaallah....

Sabtu, 18 April 2009

AKTIVITI KELAS MASAKAN KELAB PPIK


MINGGU 2

TARIKH : 17/04/2009
TEMPAT : BANGGUNAN UMNO TITI TERAS
JAM : 3.00-6.00 PTG
ANJURAN : KELAB PPIK, PERPUSTAKAAN DESA TITI TERAS & KELAB WANITA
KEHADIRAN : 14 ORANG


Ini merupakan minggu terakhir bagi aktiviti kelas masakan. Pada minggu hadapan aktiviti seterusnya akan disambung dengan aktiviti kelas kraftangan atau pun seni anyaman. Pada minggu terakhir ini kami memilih untuk memasak sejenis masakan pastri yang diberi nama " SIPUT BERINTI KENTANG". Antara bahan - bahan untuk membuat pastri ini ialah :-



SIPUT BERINTI KENTANG


Bahan - bahannya :-

PASTRI
4 cwn TEPUNG GANDUM
2 sudu teh BAKING POWDER
240 grm MAJERIN
75 grm MENTEGA

1 1/2 cwn AIR SEJUK
1 butir KUNING TE
LUR
2 sudu teh SUSU CAIR
(dipukul bersama kuning telur untuk sapuan di atas pastri)

Cara Membuatnya :-
1. Tepung, majerin, baking powder digaulkan perlahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Campurkan mentega dengan air hingga sebati dan masukkan ke dalam tepung. Doh mesti lembut dan tidak melekit. Biarkan selama 15 - 30 minit di tutup dengan kain kering.
3. Letakkan doh di atas papan canai yang ditabur dengan sedikit tepung, canai 1/2 dan lipat tiga.



kulit pastri yang di canai



di lilit di atas kelonsong besi yang berbentuk kon



Pastri yang telah siap hendaklah dibakar di dalam ketuhar terlebih dahulu kemudian setelah di keluarkan daripada kelonsong barulah di griskan dengan kuning telur. Selepas itu bolehlah di isikan inti kedalamnya


INTI
kentang
bawang besar
isi ayam @ daging
rempah kari
(sama seperti membuat inti karipap)

Jika anda tidak berminat dengan inti kentang, ianya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa sendiri. Boleh digantikan dengan inti bersos mayonis. Bahan - bahannya ialah :-

INTI BERSOS MAYONIS
1 biji TIMUN BESAR
1 biji TOMATO
240 gm ISI KETAM @ ISI AYAM (yang sudah dimasak)
2 - 3 sudu besar MAYONIS
SEDIKIT LADA SULAH & GARAM

Cara Membuatnya :-

1. Timun dikupas kulit & dibuang bijinya kemudian dipotong dadu.
2. Masukkan isi ketam @ isi ayam, timun, tomato ke dalam mangkuk.
3. Akhir sekali gaulkan bahan tadi dengan mayonis serta campuran lada dan sedikit garam.

AKTIVITI KELAS MASAKAN KELAB PPIK

MINGGU 1

TARIKH : 10/04/2009
TEMPAT : BANGGUNAN UMNO TITI TERAS
JAM : 3.00-6.00 PTG
ANJURAN : KELAB PPIK, PERPUSTAKAAN DESA TITI TERAS & KELAB WANITA
KEHADIRAN : 14 ORANG

Setelah agak lama menyepikan diri dari sebarang aktiviti kelab, akhirnya aktiviti kelab PPIK kembali lagi.....Seperti biasalah dengan aktiviti kelas masakannya...Aktiviti - aktiviti sebegini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara ahli kelab. Minggu ini menu pilihan ialah "ROJAK SOTONG". Antara bahan-bahan untuk masakan kali ini ialah :-




ROJAK SOTONG


Bahan - bahannya :-

1 ekor SOTONG KEMBANG (direbus & dipotong dadu)
3 kpg TAUHU (didadu & digoreng)
1 biji TIMUN (dibelah & dipotong kecil)
1/4 NENAS (dipotong kecil)
1/2 cwn KACANG TANAH (digoreng & ditumbuk)
DAUN SALAD SECUKUPNYA

Bahan Untuk Sos :-
3 - 4 tangkai CILI MERAH
1/2 cwn SOS TOMATO
GULA & GARAM


Cara Membuatnya :-

Campurka kesemua bahan, jangan terlalu pekat....bolehlah dihidangkan dengan taburan kacang tanah yang telah ditumbuk


"MUDAH & RINGKAS
SELAMAT MENCUBA"