Sabtu, 24 Januari 2009

AKTIVITI KELAS MASAKAN KELAB PPIK

MINGGU 1

TARIKH : 23/01/2009
TEMPAT : BANGGUNAN UMNO TITI TERAS
JAM : 3.00-6.00 PTG
ANJURAN : KELAB PPIK, PERPUSTAKAAN DESA TITI TERAS & KELAB WANITA
KEHADIRAN : 11 ORANG

Setelah berehat agak lama, aktiviti Kelab PPIK disambung semula seperti kebiasaannya. Aktiviti kali ini menggabungkan Kelab PPIK, Perpustakaan Desa Titi Teras dan Kelab Wanita Titi Teras. Ianya diadakan di banggunan UMNO TITI TERAS. Aktiviti yang dijalankan pada kali ini adalah memasak. Masakan yang diberi nama "MURTABAK KENTANG & AYAM" yang di ambil dari majalah RASA. Antara bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat masakan ini adalah :-


MURTABAK KENTANG & AYAM


Bahan-Bahan:

5 biji kentang (rebus dgn garam & dilecek)

100 gm daging ayam (direbus & dicincang)

2 biji telur (dipukul)

1 biji bawang besar (didadu halus)

daun saderi secukupnya

daun bawang secukupnya

1 sudu teh jintan manis (ditumbuk)

1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)

garam secukup rasa

kulit popia




Cara Memasaknya:

1. Masukkan kentang lecek dan daging ayam cincang ke dalam mangkuk adunan.

2. Masukkan telur dan gaul rata.


3. Masukkan daun bawang, daun saderi, jintan manis dan lada hitam yang ditumbuk halus.


4. Bentangkan kulit popia dan letakkan inti murtabak di tengahnya. Lipat empat segi.

5. Masak atas kuali leper hingga agak garing.



First potong semua bahan-bahan seperti bawang, daun saderi dan daun bawang


Second, cincangkan isi ayam yang telah direbus

Third, gaulkan semua bahan-bahan seperti kentang yang telah dilenyek, isi ayam, daun bawang,saderi,bawang dan juga telur

Lastly bentangkan kulit popia dan letakkan intinya di tengah-tengah dan dilipat