Isnin, 15 Disember 2008

AKTIVITI KELAS JAHITAN MANIK KELAB PPIK

Minggu 1

Tarikh: 12/12/08
Bertempat: Di PPIK TITI TERAS
Jam: 3.00-6.00 ptg
Kehadiran: 12 orang

Selepas dari aktiviti pertama iaitu aktiviti mengenal komuniti, ahli kelab PPIK telah bercadang untuk mengadakan aktiviti menjahit manik di PPIK. Setelah mendapat kata sepakat, kami memilih hari Jumaat sebagai hari perjumpaan antara ahli kelab disamping menjalankan kelas jahitan sebagai aktiviti sampingan. Seramai 10 orang ahli kelab yang terlibat bersama dengan dua orang tenaga pengajar. Dan aktiviti ini akan diteruskan pada minggu yang berikutnya. Insyaallah....

Amboi tekunnya

Bagus jugak buku nie

Nak pinjam la kat library
Boleh dijahit atas sapu tangan
Dan dileher baju kurung


CONTOH 1




CONTOH 2



MINGGU 2

Tarikh: 19/12/2008
Bertempat: Di PPIK
Jam: 3.00-6.00 ptg
Kehadiran: 15 orang

Aktiviti ini merupakan susulan daripada aktiviti minggu yang pertama. Berikutan daripada sambutan yang menggalakkan, ianya di teruskan pada minggu yang kedua. Insyaallah aktiviti yang seterusnya kami akan mengadakan kelas masakan pula. Tapi tempatnya akan berubah ke Bangguan Umno atas persetujuan semua ahli. Ini kerana tempatnya yang luas daripada PPIK dan bolehlah memuatkan ramai orang lagi ahli..senangla sikit kita nak memasak....

ahli kelab tekun menjahit baju masing-masing..maklumlah
kenduri pun banyak...bolehlah bergaya sakan masa kenduri nanti...

contoh jahitan manik dan labuci

akhirnya siap juga jahitan ini setelah 2 minggu menanti
UNTUK MELIHAT KOLEKSI ATAU TEKNIK JAHITAN YANG TERKINI DAN LEBIH MENARIK SILA LAYARI LAMAN WEB noramanik.fotopages

Sabtu, 13 Disember 2008

AKTIVITI MENGENAL KOMUNITI

JUMAAT,2008 DISEMBER 5

Merupakan aktiviti pertama yang dijalankan oleh kelab PPIK. Seramai 8 orang ahli kelab yang terlibat di dalam aktiviti ini. Melalui aktiviti yang dijalankan, ianya dapat mendekatkan lagi PPIK dengan komuniti dan dapat mengenalpasti permasalahan yang wujud dalam sesuatu komuniti melalui penghasilan pohon masalah. Selain daripada pohon masalah, penghasilan peta desa dan venn diagram juga turut dilakukan. Melalui aktiviti seperti ini, selain daripada dapat berkumpul beramai-ramai ianya dapat mendekatkan lagi PPIK dengan komuniti.

Mari Kita Lukis Pohon Masalah


Nak lukis pokok aper yer??

Haa, jadi dah pun..cantik tak??

Mestila cantik, tengok la sape yang lukis

Haa, pasnie nak letak ape lagi ye?

Akhirnya, siap pun..


Peta Desa La Pulak

Mula-mula nak lukis ape dulu?

Yang nie nak letak kat mane?

Siap pun...

Venn Diagram

Highlight kat sini sikit..


Aha..dah siap pun

Dah siap..jom la balik

PROMOSI PPIK

Promosi PPIK Ke Sekolah-Sekolah

Promosi ini dijalankan bersama dengan pustakawan Perpustakaan Desa di mana dapat mempromosikan PPIK kepada pelajar Tahun 6. Disamping dapat menjadi ahli kelab PPIK mereka juga dapat menjadi ahli Perpustakaan Desa Titi Teras. Antara sekolah yang telah dikunjungi ialah Sekolah Kebangsaan Titi Teras dan Sekolah Kebangsaan Kongsi. Sambutan yang diterima amat menggalakkan


Pendaftaran pelajar untuk aktiviti yang di jalankan

Promosi di Sekolah Kebangsaan Titi Teras

Antara pameran oleh Perpustakaan Desa

Antara staff PD dan Penyelia PPIK yang terlibat dalam promosi