Khamis, 13 Ogos 2009

JAMUAN PENGHARGAAN PPIK 09

TARIKH : 7 OGOS 2009
TEMPAT : BANGGUNAN UMNO TITI TERAS
JAM : 3.30 - 6.00 PTG
JEMPUTAN : 30 ORANG

Agak lama aktiviti PPIK terhenti kini kami dapat berjumpa kembali pada jamuan yang diadakan khas oleh Penyelia PPIK kepada ahli-ahli kelab yang aktif menyertai segala aktiviti yang telah di jalankan oleh PPIK. Terima kasih kepada semua ahli kelab yang selama ini banyak memberikan sokongan terhadap pergerakan PPIK. Jamuan yang tidak seberapa ini adalah tanda penghargaan kepada anda semua.....mungkin ini adalah kali yang terakhir perjumpaan diantara penyelia dan ahli kelab sebelum kontrak perkhidmatan penyelia berakhir. Jamuan ini bermula pada pukul 3.30 ptg dan diadakan sedikit bacaan doa oleh Naib Pengerusi Kelab PPIK iaitu Tuan Haji Kassim bin Darus. Seterusnya jamuan berlangsung...........


Terima kasih kepada semua yang banyak menolong dalam membuat persiapan bagi jamuan yang diadakan ini..





" TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA YANG TELIBAT DAN YANG TELAH SAMA - SAMA MENJAYAKAN PERGERAKAN AKTIVITI KELAB PPIK"

Selasa, 11 Ogos 2009

MUAFAKAT MESRA ALAM " 09

KAMPUNG TITI TERAS
" Masyarakat Muafakat Hidup Berkat "




Disempurnakan Oleh :

YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
YB Dato' Speaker DUN Pulau Pinang

YB Ahli Parlimen Balik Pulau

Tarikh :

1 Ogos 2009

Masa :

8.00 Pagi

Tempat :

Taman Rekreasi Pokok Kenanga


Tujuan program ini diadakan adalah :

  1. Mendidik masyarakat supaya mensyukuri dan menghargai nikmat anugerah ciptaan Allah S.W.T di atas muka bumi dengan menjaga Alam Sekitar
  2. Mengajak masyarakat menjaga kebersihan sungai dan keindahan Alam Sekitar
  3. Memupuk semangat perpaduan, kejiranan dan semangat kerja berpasukan dikalangan ahli masyarakat
  4. Menggerakkan lagi hubungan ukhwah dan kemesraan di antara pelbagai generasi dan institusi (Jawatankuasa) di dalam kampung Titi Teras
  5. Bersama-sama mendidik dan membantu masyarakat supaya dapat merancang, mengaturkan dan melaksanakan aktiviti amal kemasyarakatan secara bersama


Kumpulan Sasaran

  1. Warga Emas
  2. Pemuda
  3. Wanita
  4. Remaja
  5. Kanak-kanak


Banyak acara dan aktiviti sukan telah dipertandingkan selain itu terdapat juga pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Seawal paginya penduduk kampung telah keluar beramai-ramai untuk menyertai acara larian rentas desa sesudah itu diikuti pula aktiviti mewarna dan macam-macam lagi aktiviti yang menarik telah di sediakan.




Persembahan Silat & Persembahan Tarian Singa



Ucapan Aluan daripada Pengarah Program En Mohd Tuah Bin Ismail P.J.K diikuti ucapan oleh En Md Yusoff Bin Alaudin dan Bacaan Doa oleh Tn Hj Kassim Bin Darus


Perasmian dan sesi menandatangani batu peringatan Taman Rekreasi oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang YB Tuan Dr. Mansor Osman





Acara Kerusi Berirama & Tarik Tali Dalam Sungai


Pertandingan Puzzle & Memancing


PERTANDINGAN MEMBUAT KERABU