Selasa, 11 Ogos 2009

MUAFAKAT MESRA ALAM " 09

KAMPUNG TITI TERAS
" Masyarakat Muafakat Hidup Berkat "




Disempurnakan Oleh :

YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
YB Dato' Speaker DUN Pulau Pinang

YB Ahli Parlimen Balik Pulau

Tarikh :

1 Ogos 2009

Masa :

8.00 Pagi

Tempat :

Taman Rekreasi Pokok Kenanga


Tujuan program ini diadakan adalah :

  1. Mendidik masyarakat supaya mensyukuri dan menghargai nikmat anugerah ciptaan Allah S.W.T di atas muka bumi dengan menjaga Alam Sekitar
  2. Mengajak masyarakat menjaga kebersihan sungai dan keindahan Alam Sekitar
  3. Memupuk semangat perpaduan, kejiranan dan semangat kerja berpasukan dikalangan ahli masyarakat
  4. Menggerakkan lagi hubungan ukhwah dan kemesraan di antara pelbagai generasi dan institusi (Jawatankuasa) di dalam kampung Titi Teras
  5. Bersama-sama mendidik dan membantu masyarakat supaya dapat merancang, mengaturkan dan melaksanakan aktiviti amal kemasyarakatan secara bersama


Kumpulan Sasaran

  1. Warga Emas
  2. Pemuda
  3. Wanita
  4. Remaja
  5. Kanak-kanak


Banyak acara dan aktiviti sukan telah dipertandingkan selain itu terdapat juga pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Seawal paginya penduduk kampung telah keluar beramai-ramai untuk menyertai acara larian rentas desa sesudah itu diikuti pula aktiviti mewarna dan macam-macam lagi aktiviti yang menarik telah di sediakan.




Persembahan Silat & Persembahan Tarian Singa



Ucapan Aluan daripada Pengarah Program En Mohd Tuah Bin Ismail P.J.K diikuti ucapan oleh En Md Yusoff Bin Alaudin dan Bacaan Doa oleh Tn Hj Kassim Bin Darus


Perasmian dan sesi menandatangani batu peringatan Taman Rekreasi oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang YB Tuan Dr. Mansor Osman





Acara Kerusi Berirama & Tarik Tali Dalam Sungai


Pertandingan Puzzle & Memancing


PERTANDINGAN MEMBUAT KERABU





0 ulasan: