Isnin, 15 Disember 2008

AKTIVITI KELAS JAHITAN MANIK KELAB PPIK

Minggu 1

Tarikh: 12/12/08
Bertempat: Di PPIK TITI TERAS
Jam: 3.00-6.00 ptg
Kehadiran: 12 orang

Selepas dari aktiviti pertama iaitu aktiviti mengenal komuniti, ahli kelab PPIK telah bercadang untuk mengadakan aktiviti menjahit manik di PPIK. Setelah mendapat kata sepakat, kami memilih hari Jumaat sebagai hari perjumpaan antara ahli kelab disamping menjalankan kelas jahitan sebagai aktiviti sampingan. Seramai 10 orang ahli kelab yang terlibat bersama dengan dua orang tenaga pengajar. Dan aktiviti ini akan diteruskan pada minggu yang berikutnya. Insyaallah....

Amboi tekunnya

Bagus jugak buku nie

Nak pinjam la kat library
Boleh dijahit atas sapu tangan
Dan dileher baju kurung


CONTOH 1




CONTOH 2



MINGGU 2

Tarikh: 19/12/2008
Bertempat: Di PPIK
Jam: 3.00-6.00 ptg
Kehadiran: 15 orang

Aktiviti ini merupakan susulan daripada aktiviti minggu yang pertama. Berikutan daripada sambutan yang menggalakkan, ianya di teruskan pada minggu yang kedua. Insyaallah aktiviti yang seterusnya kami akan mengadakan kelas masakan pula. Tapi tempatnya akan berubah ke Bangguan Umno atas persetujuan semua ahli. Ini kerana tempatnya yang luas daripada PPIK dan bolehlah memuatkan ramai orang lagi ahli..senangla sikit kita nak memasak....

ahli kelab tekun menjahit baju masing-masing..maklumlah
kenduri pun banyak...bolehlah bergaya sakan masa kenduri nanti...

contoh jahitan manik dan labuci

akhirnya siap juga jahitan ini setelah 2 minggu menanti
UNTUK MELIHAT KOLEKSI ATAU TEKNIK JAHITAN YANG TERKINI DAN LEBIH MENARIK SILA LAYARI LAMAN WEB noramanik.fotopages

0 ulasan: