Selasa, 10 Februari 2009

AKTIVITI KELAS MASAKAN KELAB PPIK


MINGGU 2


TARIKH : 6/02/2009
TEMPAT : BANGGUNAN UMNO TITI TERAS
JAM : 3.00-6.00 PTG
ANJURAN : KELAB PPIK, PERPUSTAKAAN DESA TITI TERAS & KELAB WANITA
KEHADIRAN : 17 ORANG


Aktiviti ini merupakan kesinambungan bagi kelas masakan yang diadakan pada minggu lepas. Kali ini kami sepakat memilih untuk belajar membuat kek. Kebetulan pula pada hari itu adalah hari lahir Pn. Saijah Shariff iaitu salah seorang AJK kelab PPIK. Kami sengaja membuat kejutan dan jamuan kecil untuk beliau bagi meraikan hari lahirnya yang ke-56. Hasilnya, maka siaplah kek yang diberi nama KEK KOKO KOPI yang di ambil dari buku PESONA COKLAT YANG MENGECURKAN yang terdapat di Perpustakaan Desa Titi Teras. Berikut merupakan bahan-bahan untuk membuat kek tersebut:-



KEK KOKO KOPI


Bahan-bahanya:-

300 gm Gula Halus
250 gm Butter
400 gm Tepung Naik Sendiri
100 gm Serbuk Koko
300 ml Kopi
6 biji Telur

Cara Membuatnya:-
1. Air kopi di bancuh dengan serbuk koko sampai pekat
2. Putarkan butter dengan gula hingga kembang dan masukkan telur satu demi satu
3. Kemudian masukkan tepung berselang-selikan dengan campuran kopi dengan koko
4. Setelah siap adunan bolehlah dituangkan kedalam bekas pembakar yang telah di sapukan dengan sedikit butter dan tepung
( jika bekas pembakar kecil bolehlah di buat 2 kali)



*****SELAMAT MENCUBA*****





Antara bahan-bahan yang digunakan ialah gula halus, butter, tepung naik sendiri, koko, kopi, telur dan sedikit air

Putarkan butter dan gula sampai kembang dan selepas itu masukkan telur

Larutkan kopi dan serbuk koko sampai pekat

Masukkan tepung dan diselang-selikan dengan campuran kopi dan koko

Gaul adunan sampai sebati



Tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar yang disapukan dengan sedikit butter dan tepung

Adunan siap untuk di bakar

Kek yang telah siap di bakar


JAMUAN HARI JADI AHLI KELAB PPIK


Amboi seronoknya semua bersembang sambil makan, maklum aje la seminggu sekali baru dapat berjumpa...mesti banyak topik yang hendak dibincangkan...

2 ulasan:

Nona berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Prettybaker berkata...

Salam
Kalau berminat dengan kelas masakan, boleh jengok blog saya..
http://prettybaker.blogspot.com